Wednesday, March 16, 2016

Tanya Jawab tentang Keberadaan ALLAH
Soalan: seseorang berkata: Allah duduk atas Arasy tetapi tidak seperti duduk kita [manusia], maka apakah hukumnya???
Jawab: Orang yang berkata itu TELAH KUFUR, wal`iyazubillah,
Perkataannya TIDAK SEPERTI DUDUKNYA KITA sama sekali tidak memberi manfaat kepadanya kerana dia telah mendustakan al-Quran, dia telah mendustakan firman Allah ta`ala:
"لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ".
“Tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya dalam apa jua bentuk sekalipun”. (Surah asy-Syura: 11)
Sesungguhnya al-Imam ath-Thahawi radhiyallahu`anhu telah berkata:
"وَمَنْ وَصَفَ اللهَ بِمَعْنًى مِنْ مَعَانِي الْبَشَر فَقَدْ كَفَرَ".
“Dan barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan satu sifat daripada sifat-sifat manusia, maka sungguh dia telah kufur”.
Iaitu orang yang menyifatkan Allah dengan satu sifat daripada sifat-sifat manusia, maka dia adalah seorang yang kafir.
Sedangkan sifat duduk itu tidak tersembunyi daripada kamu bahawa ia adalah sifat manusia, dan orang yang menyifatkan Allah dengan sifat duduk di atas Arasy, maka dia telah menjadikan Allah itu memiliki saiz/ukuran yang tertentu kerana Arasy itu mempunyai saiz/ukuran kerana ia adalah makhluk sekalipun saiz/ukuran tersebut tidak diketahui melainkan Allah ta`ala sahaja.
Dan al-Hafiz Abu Nu`aim telah meriwayatkan sesungguhnya `Ali bin Abi Thalib radiyallahu`anhu telah berkata:
"مَنْ زَعَمَ أَنَّ إِلَـــهَنَا مَـحْدُوْدٌ فَقَدْ جَهِلَ الْـخَالِقَ الْمَعْبُوْدَ".
“Barangsiapa yang mendakwa bahawasanya Tuhan kami mempunyai saiz/ukuran tertentu, maka sungguh dia seorang yang jahil tentang Tuhan yang disembah”.
Dan orang yang berkata Allah itu duduk, maka dia telah menjadikan Allah ta`ala itu memiliki saiz/ukuran.
Sesungguhnya al-Imam ar-Rifa`ie radiyallahu`anhu telah berkata:
"صُوْنُوْا عَقَائِدَكُمْ مِنَ التَّمَسُّكِ بِظَاهِرِ مَا تَشَابَهَ مِنَ الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ أُصُوْلِ الْكُفْرِ".
Maksudnya:
“Hendaklah kalian memelihara aqidah kalian daripada berpegang dengan zahir nas mutasyabihat daripada al-Quran dan al-Sunnah kerana sesungguhnya yang demikian itu daripada punca kekufuran”.
Maknanya berpegang dengan zahir nas mutasyabihat daripada al-Quran dan al-Hadis seperti ayat:
"الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى".
Maksudnya:
“Allah istawa ke atas Arasy”
Telah menyebabkan ramai dalam kalangan manusia jatuh kelembah kekufuran [kerana berpegang dengan zahir ayat di atas]. Dan ketahuilah bahawasanya tidak harus mentafsirkan al-Quran dengan tafsir yang tidak selari dengan bahasa Arab, maka al-Wajh, Yadd dan al-`Ain warid di dalam al-Quran al-Karim dengan makna jisim bagi makhluk dan dengan makna selain daripada jisim. Dan tidak pernah warid di dalam al-Quran penggunaan sifat duduk keatas Allah, maka tidak harus dikatakan bahawasanya Allah ta`ala duduk di atas Arasy tidak seperti duduknya kita kerana sifat duduk tidak akan berlaku melainkan kepada jisim-jisim.
Maka orang yang seperti ini hendaklah dia memperbaiki dirinya dan hendaklah dia mengubah i`tiqadnya dan hendaklah dia kembali kepada Islam dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.
Via Ibnu Syafie


No comments:

Post a Comment